Perak longlai pemain tak cukup

Perak longlai pemain tak cukup

PEMAIN Perak, Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan (kanan) cuba melepasi asakan pemain UiTM FC, Muhammad Afzal Akbar dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak yang mendapat suntikan semangat di bawah pemilik baharunya kini berdepan masalah kekurangan pemain untuk meneruskan baki saingan liga musim ini.

Pemilik baharu The Bos Gaurus, XOX Berhad akan merayu kepada pentadbir Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mendaftarkan 13 pemain untuk digunakan dalam baki sembilan perlawanan Liga Perdana, musim ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, tindakan itu bagi meringankan bebanan pemain yang terlalu letih selepas mengharungi 10 perlawanan setakat ini.

“Masalah pasukan ini ialah kekurangan pemain. Pemain yang sama sudah beraksi dalam 10 perlawanan, jelas mereka sudah amat keletihan.

“XOX difahamkan ada kelonggaran dalam peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai penambahan pemain. Kami tidak pasti, jadi kami akan berbincang dengan MFL mengenai perkara.

“Jika boleh mereka dibenarkan menyertai pasukan untuk perlawanan menentang Kuching City FC di Kuching pada 27 Mei ini,” katanya dalam sidang akbar selepas perlawanan dengan UiTM FC di Ipoh, kelmarin.

Perak hanya dibenarkan mendaftar 20 pemain musim ini berikutan menghadapi kemelut kewangan ketika di bawah Impact Media and Communications Sdn. Bhd (IMC) di awal musim.

Daripada jumlah itu, tiga merupakan penjaga gol manakala beberapa pemain mengalami kecederaan termasuk dua yang menjalani pembedahan ACL.

Keadaan bertambah buruk apabila kapten, Firdaus Saiyadi dan Nazmi Ahmad menjalani penggantungan gara-gara mengutip tiga kad kuning.

“Kami diberitahu oleh ketua jurulatih, Yusri (Che Lah) bahawa dia hanya ada 11 pemain padang dan terpaksa menyenaraikan pemain yang baru hendak pulih dan belum diuji.

“Jelas mereka keletihan yang amat sangat gara-gara terpaksa bermain 10 perlawanan setakat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya