TUMPAT: Siri letupan bom yang sering berlaku di sekitar Tak Bai, Narathiwat, Thailand sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan Sungai Golok khususnya di kawasan Pengkalan Kubor. Seorang penduduk, Mohd. Ariffin Awang, 50, berkata, walaupun sudah ‘lali’ dengan bunyi letupan dari negara jiran, perasaan takut tetap menyelubungi mereka yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Menurutnya, hal ini kerana jarak sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor hanya dipisahkan oleh Sungai Golok sejauh kira-kira 300 meter. “Ketika kejadian, letupan bom yang berlaku di Tak Bai amat menakutkan sehingga rumah saya bergegar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya