KUALA LUMPUR: Rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sabitan salah dan hukuman penjara serta denda atas kesalahan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International akan didengar pada pertengahan Ogos ini. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh 29 April lalu, pendengaran itu ditetapkan selama 10 hari iaitu daripada 15 hingga 19 Ogos sebelum bersambung pada 22 hingga 26 Ogos ini. Surat yang sama mengarahkan pihak-pihak yang terlibat dalam rayuan tersebut untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing berserta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya