Pembantu tadbir JPJ didenda RM4,000 palsukan dokumen

Pembantu tadbir JPJ didenda RM4,000 palsukan dokumen

MOHAMAD Helmi Ahmad Cabi dituduh memalsukan dokumen berupa resit bayaran berkaitan buku teks KPP dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pembantu tadbir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen berupa resit bayaran berkaitan buku teks Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Helmi Ahmad Cabi, 42, juga berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan setelah Mohamad Helmi mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan curang menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu resit rasmi kerajaan Malaysia JPJ dengan nombor resit 010801110A63633 bertarikh 17.2.2020 berjumlah RM2,000 bagi buku teks KPP baharu Kelas Motosikal (Bahasa Melayu).

Dia yang bertugas di Unit Institut Memandu Bahagian Perlesenan JPJ Perak didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat JPJ Perak pada 17 Februari 2020.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya