Nazmi terpaksa rehat sampai akhir musim - Yusri

Nazmi terpaksa rehat sampai akhir musim – Yusri

YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Musim bola sepak bek tengah Perak FC, Nazmi Ahmad berakhir lebih awal apabila mengalami kecederaan mata yang teruk.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Jurulatih pasukan The Bos Gaurus, Yusri Che Lah selepas perlawanan Liga Perdana dengan UiTM FC di Stadium Perak, semalam.

“Perak terpaksa lupakan khidmat Nazmi hingga akhir musim kerana mengalami kecederaan mata.

“Ia sesuatu yang sungguh malang, namun apakan daya, malang menimpa,” kata Yusri.

Menurut jurulatih itu, Nazmi, 24, tidak diturunkan semalam kerana penggantungan akibat mengutip tiga kad kuning.

Turut tidak dapat beraksi ialah ketua pasukan, Firdaus Saiyadi kerana masalah sama.

“Firdaus bagaimanapun boleh beraksi apabila Perak bertandang ke Kuching untuk bertemu Kuching City FC, Jumaat ini,” ujarnya.

Jurulatih itu menjelaskan, seorang lagi tonggak pasukan, Farid Khazali juga mengalami kecederaan bahu dan tidak dapat diturunkan buat sementara waktu.

Katanya, dia menghadapi masalah kekurangan pemain meruncing kerana hanya mempunyai 11 pemain padang.

“Saya bukan cuba berhelah tetapi inilah hakikat yang berlaku dalam pasukan,” katanya.

Yusri turut memohon maaf berikutan kegagalan mereka memenangi perlawanan apabila tumpas 0-2 semalam.

“Kami memang berhasrat meraih kejayaan bagi memadam defisit mata akibat pemotongan serta sebagai hadiah kepada pemilik baharu.

“Nampaknya kena usaha dalam perlawanan akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya