Nasrun sempat hadir perjumpaan keluarga Ahad lalu - Utusan Malaysia

Nasrun sempat hadir perjumpaan keluarga Ahad lalu

Rusli Mohd. Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Siapa sangka, kegembiraan berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara bagi meraikan Aidilfitri pada Ahad lalu merupakan pertemuan terakhir mereka bersama Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar.

Muhammad Nasrun merupakan salah seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, bapa saudara mangsa, Rusli Mohd. Harun, 52, dia dan isteri yang mesra dipanggil ‘makde dan pakde’ mendapat berita itu pagi semalam dan bergegas dari Johor ke Selangor untuk bersama keluarga mangsa kerana kakak dan abang sulungnya perlu ke hospital mengurus jenazah anak sulung mereka itu.

“Ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih belum memutuskan untuk mengebumikan kedua-dua jenazah di mana memandangkan rumah bapa ayah mangsa terletak di Perak,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Rusli, Muhammad Nasrun pulang awal ke universiti memandangkan sedang menjalani peperiksaan.

“Ahad lalu, dia sanggup balik dari Perak ke sini untuk berjumpa saudara mara memandangkan kami berkumpul di sini selama tiga hari.

“Dia langsung tidak menunjukkan perubahan yang ketara, cuma, dia agak ceria ketika itu kerana menegur semua orang di rumah.

“Kami sekeluarga amat sedih dengan kejadian ini kerana arwah seorang anak yang baik, malah dia begitu rapat dengan kami semua,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Rusli, arwah disifatkan sebagai seorang yang ceria dalam keluarga dan baik hati dengan semua orang.

“Dia juga sentiasa yang menjadi imam ketika kami solat berjemaah. Bukan itu sahaja, dia juga akan memperbetulkan bacaan sepupu dan kami sekiranya kami tadarus bersama,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya