Mangsa beritahu mahu tinggal terus di kampung datuk - Utusan Malaysia

Mangsa beritahu mahu tinggal terus di kampung datuk

HALIMI Aliyahad ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Salah seorang mangsa kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini hari ini pernah menyatakan hasrat untuk tinggal terus di kampung halaman datuknya di Johor.

Halimi Aliyahad, 50, bapa kepada Allahyarham Iqbal Hasnun, 23, berkata, anak sulungnya itu memaklumkan kepada bapa saudaranya untuk pulang dan terus tinggal di kampung semasa pulang berhari raya, baru-baru ini.

Menurut Halimi, dia dan keluarga tidak menyangka luahan anaknya itu merupakan petanda arwah akan pergi selamanya meninggalkan mereka sekeluarga.

Katanya, kali terakhir melihat anaknya itu adalah semasa menghantar arwah pulang dari kediaman mereka di Senai, Johor ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar Ahad lalu selepas dia pulang beraya.

“Balik raya, dia ceria macam biasa dan tiada perubahan pelik dengan sikapnya, tetapi, dia ada berpesan kepada adik-adik supaya sihat selalu dan cukuplah dia seorang sahaja yang sakit.

“Selain itu, dia juga ada berpesan dengan pak cik dia bahawa nak balik terus tinggal di kampung datuknya itu kerana rapat dengan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Menurut Halimi, anaknya yang merupakan penuntut semester keempat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, USAS itu merupakan seorang individu yang amat disenangi ahli keluarga serta rakan-rakannya.

“Kawan arwah kata dia selalu mudahkan urusan orang lain dan sanggup berkorban untuk orang lain selain selalu mendahulukan keluarga dan rakan-rakan daripada dirinya sendiri.

“Jujur kami sedih dengan kehilangan ini, tetapi, Allah maha baik lebih maha adil dia ambil arwah dalam usia muda dan kesalahan beliau mungkin tidak sebanyak saya yang sudah 50 tahun,” katanya.

Lima pelajar USAS maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan, tengah malam tadi.

Mangsa yang terlibat dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21;  Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20,  Muhammad Nabil Haikal, 19 dan Iqbal Hasnun.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar. – UTUSAN ONLINE

 

 

HALIMI Aliyahad ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar hari ini. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya