PETALING JAYA: Lokasi debat antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) mungkin terpaksa bertukar ke lokasi lain. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sedang mengenalpasti dua lokasi lain iaitu Dewan Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur ataupun Dewan Sivik, Petaling Jaya. Jelas beliau, pihaknya terpaksa mencari lokasi lain memandangkan pihak penganjur iaitu Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) masih belum mendapat kebenaran pihak universiti untuk tempat penganjuran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya