Lima beradik hampir ‘tiada’ baju raya - Utusan Malaysia

Lima beradik hampir ‘tiada’ baju raya

RAJA Rusmin Raja Mahmud (tiga kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Abdul Rahim Lateh di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Jika tiada sumbangan atau ihsan orang ramai, lima beradik dari Kampung Seneng di sini tidak akan mempunyai baju raya kerana dihimpit isu kemiskinan.

Mereka juga bagaikan sudah terbiasa untuk menerima lumrah kehidupan setiap kali Hari Raya Aidilfitri, mereka tiada apa yang perlu dimakan dan juga dipakai.

“Kalau tiada sumbangan, Aidilfitri kali ini tahun ketiga berturut-turut lima anak saya tiada baju raya sebab tak mampu beli,” kata Abdul Rahim Lateh, 69, ketika berkongsi kegembiraan menerima sumbangan wang tunai untuk membeli kelengkapan raya, semalam.

Wang tunai RM500 itu adalah hasil derma orang ramai yang dikumpulkan Hotel The Grand Renai sebelum diserahkan Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Raja Rusmin Raja Mahmud kepada penerima.

Bercerita lanjut, Abdul Rahim Lateh, berkata, kesemua wang diterima itu akan dibelanjakan bagi membeli pakaian raya lima anaknya yang berusia antara enam hingga 18 tahun.

“Pendapatan keluarga kami terjejas selepas saya sudah tidak boleh bergerak macam biasa akibat serangan angin ahmar, 10 tahun lalu. Saya terpaksa upah orang lain kerjakan sawah padi kami.

“Untuk meringankan beban menyara keluarga, isteri saya, Mariam Musa, 36, bekerja ambil upah mengupas ubi kayu dengan pendapatan lebih kurang RM500 sebulan,” katanya.

Selain wang tunai, Abdul Rahim turut menerima sumbangan sebuah kerusi roda untuk kemudahan dia bergerak bagi menggantikan kerusi roda lama yang sudah terlalu daif.

Ketika menerima kunjungan Raja Rusmin, enam sekeluarga itu turut ceria apabila menerima bungkusan lauk-pauk untuk berbuka yang disediakan oleh chef Hotel The Grand Renai. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya