Kuarters institusi pendidikan terbiar - Utusan Malaysia

Kuarters institusi pendidikan terbiar

AHMAD Zahir Abdul Razak menunjukkan semak samun yang memenuhi kawasan Kuarters Institusi Pendidikan Felda Sungai Tiang di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Kuarters Institusi Pendidikan Felda Sungai Tiang di Mukim Padang Kerbau di sini yang dibina untuk kemudahan kakitangan beberapa buah sekolah di daerah ini terbiar dan tidak diselenggara.

Tinjuan mendapati tiga blok bangunan yang boleh menempatkan kira-kira 60 keluarga institusi pendidikan itu dipenuhi semak samun dan mencacatkan pemandangan.

Malah selepas ditinggalkan sejak 2004, kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan haiwan liar dan berbisa yang boleh mengancam keselamatan penduduk berdekatan.

Seorang penduduk, Ahmad Zahir Abdul Razak, 51, berkata, kawasan kuarters terbiar itu menjadi port penagih dadah dan kerap dimasuki pencuri sehingga kipas, lampu, kepala paip, jeriji serta peralatan lain dicuri dan dirosakkan.

Menurutnya, pihak berkuasa sepatutnya melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaran secara berkala untuk memastikan kawasan tersebut terurus.

“Kuarters berharga puluhan juta ringgit itu tidak sepatutnya terbiar dan menjadi projek ‘gajah putih,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Penduduk, Nor Juwita Jamaluddin, 46, berkata, kuarters tersebut meriah ketika dihuni oleh keluarga guru dan kakitangan sekolah di daerah ini sebelum 2004.

Malah, katanya, penduduk juga berpeluang membuka perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

“Malah surau di kuarters tersebut juga dijadikan tempat bersolat jemaah dan kelas fardu ain serta pengajian agama kepada pelajar berdekatan.

“Sepatutnya kementerian pendidikan memberi peluang kepada pihak swasta membangunkan kawasan ini seperti dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sebagainya,” katanya.

Penduduk, Abd. Aziz Razak, 56, berkata, kerajaan tidak sepatutnya membiarkan bangunan kuarters tidak terurus.

“Saya juga difahamkan masih banyak lagi kuarters tersebut yang dibangunkan di negeri ini ditinggalkan terbiar tanpa mempunyai perancangan untuk dimanfaatkan pada masa hadapan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya