Kes HFMD di Terengganu naik 723.2 peratus

Kes HFMD di Terengganu naik 723.2 peratus

HFMD
KASEMANI Embong (dua dari kanan) merasmikan Program Gerak Gempur Cakna Ubat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di Hulu Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 782 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) direkodkan di negeri ini, setakat 5 Mei lalu. 

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah itu meningkat 723 peratus berbanding hanya 95 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama, tahun lalu.

Katanya, kesemua kes wabak itu berlaku di 19 taska dan tadika di seluruh negeri, namun tiada premis yang ditutup kerana keadaan masih terkawal. 

“Jumlah tertinggi direkodkan di Kuala Terengganu dan Setiu dengan sebanyak lima kes diikuti tiga kes di Marang dan Hulu Terengganu. 

“Besut pula mempunyai dua kes manakala Kemaman (satu kes),” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Gerak Gempur Cakna Ubat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini. 

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes HFMD di seluruh negara melonjak 12.8 kali ganda kepada 22,463 kes tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 1,752 kes.

Katanya, kes wabak berkenaan banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak  bawah enam tahun iaitu sebanyak 21,508 kes (96 peratus), diikuti  umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 729 kes (tiga peratus) dan selebihnya berlaku dalam lingkungan umur lebih 12 tahun.

Sementara itu, Kasemani meminta pihak taska dan ibu bapa agar memainkan peranan masing-masing dalam mengekang jangkitan HFMD di negeri ini.

Katanya, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak-anak yang bergejala ke pusat jagaan manakala pihak taska pula disaran tidak menerima kumpulan kanak-kanak berkenaan bagi mengelak jangkitan wabak. 

Dalam perkembangan lain, menurutnya, kes Covid-19 di Terengganu tidak mencatatkan sebarang peningkatan selepas Hari Raya Aidilfitri. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya