Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung berpunca cuaca panas 

Kebakaran terbaharu di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berpunca cuaca panas 

KEBAKARAN terbaharu di tapak pelupusan sampah di Sungai Burung, Nibong Tebal semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kebakaran terbaharu yang berlaku di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal dekat sini malam tadi dipercayai berpunca daripada cuaca panas yang menyebabkan sampah-sarap kering di kawasan itu terbakar. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pengendali tapak pelupusan sampah itu sentiasa berada dalam keadaan waspada susulan kebakaran besar yang pernah melanda kawasan tersebut  Januari lalu.

”Ekoran keadaan kebakaran besar yang berlaku Januari lalu, pengendali sentiasa berwaspada dan api dapat dikawal dengan cepat daripada merebak,” katanya selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di sini hari ini.

Pihak bomba mengambil masa lebih empat jam bagi memadam kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah Sungai Burung,  di sini malam tadi. 

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Abdul Syukur @ Mohd. Ilhami Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.34 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian.

Kerja-kerja mengawal kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung itu dijalankan sehingga pukul 12.01 tengah malam dan operasi tamat sepenuhnya pukul 3 pagi tadi. 

Menurut Kon Yeow, selepas tapak pelupusan sampah itu terbakar, sehingga kini kerja-kerja menimbun tanah di tapak kebakaran itu masih dijalankan bagi memastikan keadaan di situ lebih selamat.

”Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terus memantau dengan teliti keadaan di tapak pelupusan sampah ini kerana kita tidak mahu apa-apa keadaan yang tidak diingini berlaku kerana kesannya amat besar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya