JPV periksa ladang ayam, jamin bekalan tidak putus - Utusan Malaysia

JPV periksa ladang ayam, jamin bekalan tidak putus

MAFI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) melakukan pemeriksaan dan mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat ladang ayam berhubung isu kartel yang bertindak memberhentikan operasi ladang pada Sabtu dan Ahad sehingga berlaku gangguan bekalan ayam di pasaran.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan, hasil pemeriksaan itu mendapati, pihak syarikat ladang ayam terbabit memberikan jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam ‘super’, ayam ‘standard’ serta keratan ayam.

Jelasnya, pemeriksaan yang dilakukan JPV juga mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam. 

“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada dalam kalangan ladang-ladang ayam menghadapi masalah kenaikan berat badan ayam yang terganggu akibat kualiti dedak makanan ayam, jangkitan penyakit, keadaan cuaca panas yang melampau turut mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama reban sistem terbuka. 

“Ini memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan-kawasan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, MAFI turut menjelaskan proses penilaian pemberian subsidi ayam melalui JPV kepada penternak yang mengemukakan permohonan sedang disegerakan. 

Katanya, penternak yang memenuhi syarat dan mendapat kelulusan pembayaran memperoleh tuntutan dalam tempoh yang dijanjikan.

“MAFI akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan.

“MAFI memandang serius terhadap isu-isu yang mengancam sekuriti makanan negara dan sentiasa berusaha bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam menstabilkan kembali bekalan bagi menjamin bekalan ayam mencukupi untuk keperluan negara sepanjang masa,” katanya.

Utusan Malaysia melaporkan kartel didakwa menipu pihak berkuasa de­ngan memberi alasan berlaku ma­salah ‘tumbesaran ayam’ un­­­tuk menutup operasi ladang antara dua hingga tiga hari bermula semalam dan hari ini.

Walaupun setakat ini, hanya empat syarikat penternak dila­porkan menghentikan operasi, syarikat lain di seluruh negara juga dijangka bakal menyertai konspirasi itu dipercayai bagi memberi teka­nan kepada kerajaan susulan bayaran subsidi harga ayam 60 sen yang didakwa lewat. –UTUSAN ONLINE

Tindakan penutupan opera­si ladang menjejaskan jualan ayam dan tinjauan di beberapa buah negeri semalam mendapa­ti peniaga dan pembeli mula me­ngeluh kerana kekurangan be­kalan.

Masalah kekura­ngan bekalan yang sedang dihadapi di Kedah, Johor dan Negeri Sembilan membuktikan konspirasi ter­sebut berjaya selepas kerajaan tertipu dengan alasan berat ayam tidak cukup sehingga tidak boleh dibekalkan ke pasaran. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya