KUALA LUMPUR: Bakal bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Ampang bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan ini, bekas pelakon dan usahawan Datuk Hans Isaac yakin dapat memberi saingan hebat buat pencabarnya yang juga penyanyi rap, Altimet. Kata pelakon dan pengarah filem, dia dan Altimet masing-masing mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasakan parti dan penduduk Ampang secara amnya. “Semua calon ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ia berbalik kepada sumbangan setiap calon kepada penduduk di daerah ini. Saya tidak merancang untuk bertanding. Secara dasar hanya mahu membantu akar umbi memperkasa parti.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya