IPOH: Seorang juruterbang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi pelan penerbangan yang dikemukakan apabila membuat pendaratan pesawat di lokasi lain selain Aerodrome, Julai tahun lalu. Datuk Mohamed Raffe K. Chekku, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis. Tertuduh didakwa telah melanggar kaedah-kaedah udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam (Civil Aviation Directive 2 – Rules Of The Air) iaitu tidak mematuhi pelan penerbangan yang dikemukakan apabila membuat pendaratan pesawat jenis Bell 505, Nombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi lain selain Aerodrome. Perbuatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya