Buli : Empat pelajar akan dituduh di mahkamah esok - Utusan Malaysia

Buli : Empat pelajar akan dituduh di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai empat pelajar sekolah menengah di Sikamat di sini yang disyaki terlibat alam kejadian buli sehingga mencederakan seorang pelajar tingkatan satu pada 13 Mei lalu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan perkara tersebut dan difahamkan tiga daripada mereka adalah pelajar tingkatan empat dan seorang lagi adalah pelajar tingkatan tiga yang tinggal di asrama sekolah terbabit. 

“Penama (empat pelajar terlibat) akan dituduh pada hari Isnin 23 Mei 2022 (esok) di Mahkamah Majistret Seremban. 

“Berdasarkan maklumat, mereka akan dituduh dan selepas itu akan diberi jaminan untuk laporan akhlak sebelum tarikh baharu ditetapkan untuk dijatuhkan hukuman,” katanya.

Nanda berkata, empat pelajar terlibat akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi pelajar tingkatan lima akan memberi keterangan sebagai saksi. 

Empat pelajar terbabit  ditahan pada pukul  7 petang Jumaat lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan. 

Semalam, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah projek sukan dilaporkan dipukul dan disepak sehingga mengalami lebam di badan dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, 13 Mei lalu. 

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami lebam, sakit di bahagian badan, pinggul, tangan dan bahu selain disahkan mengalami retak di pergelangan tangan.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya