Bomba selamat OKU mangsa ribut - Utusan Malaysia

Bomba selamat OKU mangsa ribut

PASUKAN bomba menyelamatkan wanita OKU yang menjadi mangsa ribut di Jalan Lengkungan, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) diselamatkan bomba selepas kediamannya dilanda ribut di Jalan Lengkungan, Tanjong Karang di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 40 tahun yang menghidap angin ahmar itu berjaya dibawa keluar dari rumah berkenaan, kira-kira pukul 4 pagi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada suami wanita itu pukul 3.38 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikerah dalam operasi menyelamat itu.

“Pemeriksaan mendapati rumah wanita itu mengalami kerosakan bumbung yang diterbangkan angin akibat ribut.

“Anggota kita kemudian segera mengangkat dan membawa keluar mangsa dengan menggunakan kerusi roda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 Jelas Norazam, wanita itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke kawasan selamat.

 “Mangsa kemudian diserahkan kepada waris iaitu anaknya untuk urusan lanjut,” ujarnya.

 Tambah beliau, pihaknya turut sedang menjalankan pemantauan menyeluruh dan mengesan sekiranya ada mangsa ribut lain yang terjejas.

Difahamkan, kediaman mangsa antara sebahagian daripada terjejas akibat dilanda ribut dan angin kencang di sekitar Tanjong Karang bermula kira-kira pukul 2 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya