HANOI – Aura memakai jersi negara ternyata menjadi azimat buat atlet berbasikal lebuh raya negara, Nur Aiman Zariff selepas membutirkan pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 kelmarin. Pelumba berusia 25 tahun itu mengakui dia sangat berbangga dalam menjulang kemenangan lebih-lebih lagi berjuang membawa nama Malaysia. Katanya, emas Sukan SEA lebih bermakna daripada jersi merah Le Tour de Langkawi (LTdL) ketika dimenangi pada tahun lalu bersama pasukan Team Sapura Cycling (TSC). “Bagi saya raih kemenangan di Sukan SEA lebih bermakna kerana ia adalah temasya kita menang ketika memakai jersi negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya