KUALA LUMPUR: Industri sawit negara berisiko ketinggalan dengan pesaing yang lain jika urusan pengambilan buruh asing untuk bekerja di sektor komoditi itu terus perlahan dan tidak disegerakan. Pada masa ini, sektor sawit memerlukan kira-kira 50,000 pekerja bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam komoditi tersebut yang disifatkan kritikal pada masa ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kelompongan itu jika tidak diselesaikan segera akan memperlahankan pertumbuhan industri sawit tempatan dan boleh dipintas oleh negara-negara pesaing. Katanya, setakat ini kerajaan hanya meluluskan 32,000 pekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya