PETALING JAYA: Sikap ibu bapa yang lepas tangan dan mengikut kehendak anak-anak dengan membenarkan mereka menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa lesen, mengundang padah apabila sejumlah 4,373 kematian melibatkan mangsa berusia bawah 16 tahun direkodkan dalam tempoh lima tahun lalu. Jumlah itu melibatkan 9,202 kes kemalangan mangsa berusia bawah 16 tahun yang direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di seluruh negara sejak 2018 sehingga April lalu. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah JSPT, Datuk Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,880 remaja dilaporkan parah manakala 1,703…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya