287 mangsa ribut Tanjong Karang buat laporan polis - Utusan Malaysia

287 mangsa ribut Tanjong Karang buat laporan polis

NOH Omar (dua dari kanan) menyerahkan bantuan barang keperluan asas kepada salah seorang mangsa banjir di Dewan Dato' Penggawa, Kuala Selangor, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seramai 287 mangsa ribut di Tanjong Karang, awal pagi semalam membuat laporan polis berhubung kerosakan rumah yang dialami mereka.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau menjangkakan lebih ramai mangsa bencana itu akan membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan ganti rugi dari pejabat Parlimennya.

“Saya difahamkan beberapa kawasan sawah padi di sini rosak.

“Saya meminta pegawai untuk mencari mangsa kejadian itu dan mengenal pasti kerosakan serta kerugian yang dialami mereka,” katanya selepas melawat majlis pengagihan bantuan kepada mangsa banjir pada Disember lalu, di Dewan Dato’ Penggawa, di sini, hari ini.

Menurutnya, bantuan akan disalurkan sebaik sahaja mendapat jumlah keseluruhan serta nilai kerugian mangsa.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan beberapa buah kawasan seperti Kampung Sungai Burong, Kampung Sungai Sireh, Kampung Sawah Sempadan dan kampung berhampiran sekitar Tanjong Karang dilanda ribut awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Noh turut memaklumkan sebanyak sebanyak 5,993 ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir pada Disember lalu menerima bantuan barangan keperluan asas berjumlah RM2,500 pada hari ini.

“Saya menjangkakan majoriti mangsa akan hadir ambil bantuan ini.

“Namun, jika ada yang tak hadir, pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menghubungi mereka bagi mendapatkan akaun bank bagi proses pemberian wang bantuan ke dalam akaun mereka,” katanya.

Tambahnya, kira-kira RM20.97 juta telah diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada semua mangsa banjir di daerah Kuala Selangor. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya