2,249 kes HFMD dilaporkan di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

2,249 kes HFMD dilaporkan di Negeri Sembilan

s.veerapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 2,249 kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di Negeri Sembilan setakat semalam dengan daerah ini mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,358 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, kumulatif kes pada minggu semasa juga adalah sebanyak 766 kes iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya. 

“Daerah Seremban mencatatkan jumlah kes HFMD yang paling tinggi diikuti oleh Port Dickson sebanyak 274 kes. Daerah Jempol mencatatkan sebanyak 200 kes diikuti Rembau sebanyak 197 kes, Kuala Pilah sebanyak 87 kes, Tampin 83 kes dan Jelebu 50 kes.

“Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 35 wabak dan daripada jumlah tersebut, hanya empat wabak yang masih aktif iaitu tiga di daerah Jempol dan satu di daerah Kuala Pilah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata, peningkatan kes yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas di Negeri Sembilan adalah berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat-tempat awam. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya