UMNO Alor Setar, Yayasan Usima agih kurma - Utusan Malaysia

UMNO Alor Setar, Yayasan Usima agih kurma

Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Mohd.  Yusof Ismail berkata, sumbangan kurma itu disalurkan melalui 34 masjid di Parlimen tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: UMNO Bahagian Alor Setar dan Yayasan Usima mengagihkan sebanyak 28,000 kotak kurma kepada umat Islam sempena sambutan bulan Ramadan  di kawasan Parlimen Alor Setar hari ini.

Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Mohd.  Yusof Ismail berkata, sumbangan kurma itu disalurkan melalui 34 masjid di Parlimen tersebut.

Katanya, pengagihan sumbangan itu merupakan acara tradisi setiap kali menyambut bulan Ramadan sejak 10 tahun lalu.

“Melalui sumbangan kurma itu diharap  dapat memeriahkan lagi sambutan bulan mulia ini dan membantu meringankan beban umat Islam yang dijangka menyambut Ramadan pada Ahad ini,” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, UMNO Bahagian Alor Setar dan Yayasan Usima  akan mengadakan sumbangan tradisi  bubur lambuk  di Jalan Sultanah Sambungan bermula pukul 4 petang.

“Sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai pada sepanjang Ramadan ini ,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan sumbangan kurma di pejabat Yayasan Usima  di sini hari ini.

Pada masa sama, majlis berbuka puasa juga dianjurkan di Masjid Zahir di sini bermula pada 3 April nanti.

“Kemuncak aktiviti pada Ramadan ini, UMNO Bahagian Alor Setar dan Yayasan Usima turut mengadakan Program Ziarah Masjid yang diisi dengan acara bersahur, qiamulaill dan solat Subuh di masjid yang dilawati,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya