PETALING JAYA: Aliran trafik dari ibu kota menuju Pantai Timur di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan perlahan sepanjang 20 kilometer (km).
Menurut Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik tinggi dan perlahan dicatatkan di laluan daripada Plaza Tol Gombak sehingga Lentang.
Aliran trafik tinggi dan perlahan dilaporkan di 6.7km dari Kilometer (KM) 21.6 hingga KM 28.3 (Gombak), 7.4 km dari KM 29.8 hingga KM 37.2 (Gombak ke Genting Sempah).
Selain itu, 4.2 km dari KM 39.1 hingga KM 43.3 (Genting Sempah ke Bukit Tinggi) dan 2.1km dari KM 48.5 hingga KM 50.6 (Bukit Tinggi ke Lentang). –UTUSAN ONLINE