PETALING JAYA: Aliran trafik dari ibu kota menghala Pantai Timur kekal sesak susulan pertambahan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.
Aliran trafik itu dipercayai kekal sesak sejak awal pagi semalam.
Tinjauan di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati, Lebuh Raya Karak – Kuala Lumpur dilaporkan paling sesak terutamanya melibatkan laluan dari Plaza Tol Gombak.
Setakat pukul 1.18 petang tadi, pertambahan kenderaan melibatkan lokasi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Tol Plaza Gombak arah timur, 21 kilometer (km) dari Tol Plaza Gombak hingga Kilometer (KM) 40.8 dan 7km dari KM43.7 hingga KM50.7.
Terdahulu, Utusan Malaysia difahamkan, LLM merekodkan sebanyak 2 juta kenderaan keluar dari ibu kota menuju halaman masing-masing, setakat pagi tadi. – UTUSAN ONLINE