Tiga jari remaja hancur akibat main mercun bola - Utusan Malaysia

Tiga jari remaja hancur akibat main mercun bola

KEADAAN mangsa semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar, Bachok semalam. FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Tiga jari tangan kanan seorang remaja hancur dan gegendang telinganya pecah ketika bermain mercun bola di Kampung Lembah Beris Kubur Besar, Tawang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, mangsa berusia 14 tahun dipercayai tidak sempat membaling mercun bola yang telah dinyalakan sumbu ketika bermain di belakang rumah.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata,  insiden itu turut menyebabkan bahagian leher mangsa luka selepas terkena percikan bahan bakar mercun.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Berdasarkan pemeriksaan, tiga jari kanan mangsa iaitu ibu jari, telunjuk dan tengah hancur akibat terkena mercun itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, mangsa sudah menjalani pembedahan membuang tiga jarinya di HUSM dan kini berada dalam pemerhatian hospital.

Menurutnya, polis belum menerima laporan berkenaan kejadian itu daripada keluarga mangsa, sebaliknya mengetahui insiden berkenaan selepas gambar mangsa tular di media sosial sejak 12 tengah hari tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya