Tetak anak akibat berselisih faham kerana wang  - Utusan Malaysia

Tetak anak akibat berselisih faham kerana wang 

Kamarul Rizal Jenal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Akibat berselisih faham berkaitan wang, seorang bapa berusia 40-an tergamak menetak anak kandung sendiri menggunakan senjata tajam di rumah mereka di Kampung Teluk Awak, Teluk Bahang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anak kandung suspek yang berusia 20-an mengalami kecederaan di bahagian belakang badan selepas diserang suspek.

Susulan kejadian itu, suspek yang bekerja sendiri ditahan polis selepas penduduk kampung berkenaan melaporkan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Balik Pulau dekat sini untuk rawatan lanjut.

”Bertindak berdasarkan laporan yang diterima, polis telah menahan suspek berusia 40-an kerana disyaki menetak anaknya dan suspek kini direman bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya