Tertidur di kaki lima sambil pegang kerepek - Utusan Malaysia

Tertidur di kaki lima sambil pegang kerepek

TANGKAP layar kip video yang memaparkan seorang kanak-kanak menjual kerepek sehingga tertidur di kaki lima sebuah restoran di Limbongan, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Klip video seorang kanak-kanak yang dilaporkan menjual kerepek sehingga tertidur di kaki lima sebuah restoran di Limbongan di sini, tular dalam media sosial sejak pagi tadi. 

Video berdurasi 39 saat itu dimuat naik pengguna TikTok menggunakan nama @danielalii, memaparkan dengan jelas muka kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Acap tertidur di kaki lima sambil membawa sebakul kerepek. 

Seorang wanita turut dilihat turun dari sebuah kenderaan yang sedang menunggu untuk pembelian pandu-lalu bagi memberikan sumbangan kepada Acap. 

Klip video tersebut tular dengan jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta sebelum dua lagi video berkaitan Acap dimuat naik, kemudiannya ditonton lebih setengah juta pengguna. 

Dalam sebuah lagi video berdurasi 43 saat, pemilik akaun itu turut berjumpa dengan seorang wanita dipercayai ibu kepada Acap yang mendakwa, dia membawa kesemua enam anaknya untuk menjual kerepek pada cuti sekolah. 

“Kita meniaga sini, rumah kita dekat Johor sebenarnya, lepas tu bapa dia dah tak ada, jadi kita bawa dirilah dengan anak.

“Anak kita enam orang, kita bawalah diri cuti sekolah ni kan, semua sekolah,” kata wanita tersebut. 

Seorang pemuda turut dilihat menyampaikan sumbangan kepada Acap melalui sebuah lagi video berasingan.

“Insya-Allah, kalau ada kelapangan lagi, kita akan open (buka) untuk bank-in lah, kalau kita orang jumpa dia lagi kita boleh teruskan bantuan dekat adik Acap ni, nanti apa-apa info kita orang akan bagi tahu dekat akaun ini,” kata seorang lelaki dalam video tersebut. 

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Acap dan ingin turut sama membantu memberikan sumbangan melalui transaksi dalam talian. 

“Tapi kita dari Singapore? Boleh bank-in ke?,” kata Mariam Ohorella. 

“Nak join donate please,” kata Nurul Azimah. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya