‘Tak profesionallah ungkit cerita lama’

‘Tak profesionallah ungkit cerita lama’

khalid
KHALID SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah melibatkan semua pihak termasuklah Rafizi Ramli yang pada ketika itu me­rupakan Naib Presiden PKR.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, sewaktu perundingan dilakukan, tiada bantahan daripada mana-mana pihak termasuk Rafizi untuk mengadakan kerjasama dengan Bersatu, sekali gus menyifatkan ia adalah keputusan kolektif yang diambil dalam Pakatan Harapan (PH).

“Setahu saya ia begitulah. Lagipun, tidak profesionallah kalau ungkit-ungkit cerita lama dan salahkan rakan. Keputusan bersama telah dibuat. Ia bukan hanya keputusan Amanah dan DAP sahaja.

“Dia (Rafizi) pun terlibat dalam perundingan dan dia setuju nak bagi sebahagian kerusi untuk Bersatu. Tidak bolehlah salahkan orang lain pula. Dalam hal ini, perlulah ada rasa tanggungjawab secara kolektif dengan apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rafizi sebelum ini berkata, PH pada dasarnya enggan menerima Bersatu, sebaliknya hanya mahukan parti itu mengadakan perjanjian dalam pilihan raya bagi mengelak mereka bertembung.

Mengulas lanjut, Khalid turut menjelaskan, strategi yang diguna pakai PH untuk bekerjasama dengan Bersatu sememangnya membuahkan hasil sehingga PH mampu membentuk sebuah kerajaan.

“Pengkhianatan itu soal lain, tetapi strategi kita benar-benar berkesan sehingga kita mampu membentuk kerajaan. Sebab kalau tidak bersama, kita boleh menangkah ketika itu? – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya