Sultan Johor titah hentikan sementara selam skuba di Mersing - Utusan Malaysia

Sultan Johor titah hentikan sementara selam skuba di Mersing

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu.

Titah itu berikutan kehilangan empat orang penyelam di sekitar Pulau Tokong Sanggul, berhampiran Pulau Sibu, di sini, semalam dengan seorang daripadanya sudah ditemukan selamat.

“Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka. Aktiviti menyelam tidak boleh diteruskan jika tahap keselamatan diragui.

“Peraturan-peraturan aktiviti menyelam oleh pihak berkuasa juga mesti dikaji semula secara menyeluruh sebelum ia boleh dibenarkan beroperasi semula,” titah Baginda di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, peraturan yang telah dikaji semula juga perlu diumumkan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta pelancong terutama yang menggemari aktiviti itu.

Terdahulu, Pegawai Daerah Mersing, Mohamed Shakib Ali berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melanggar arahan untuk memberhentikan sementara aktiviti tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

“Dimaklumkan kepada semua pengusaha resort, chalet, pengusaha-pengusaha bot pelancong, pengusaha-pengusaha bot island hopping dan pusat selam skuba agar menghentikan sebarang aktiviti selam skuba atau snorkeling di perairan daerah Mersing berkuatkuasa serta-merta. 

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati melanggar arahan yang dikeluarkan. Pihak berkuasa juga akan mengadakan pemantauan,” katanya.

Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya yang merupakan warga Belanda, Nathan Renze, 14 serta seorang remaja perempuan dari Perancis, Alexia Alexandra, 18.

Bagaimanapun wanita Norway, Kristine Grodem, 35, yang merupakan jurulatih selaman berjaya ditemukan dalam keadaan selamat dan dibawa ke Stadium Mersing dengan menggunakan pesawat udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tengah hari tadi. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya