PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun diminta tidak menolak usul membahaskan isu aplikasi MySejahtera pada mesyuarat kedua Parlimen Julai ini kerana perkara tersebut membabitkan kepentingan awam. Ini kerana pada sesi kedua Parlimen itu, Dewan Rakyat akan mendengar laporan penuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung aplikasi tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, speaker sewajarnya membenarkan semua ahli Parlimen membahaskan isu MySejahtera kerana perkara tersebut membabitkan kepentingan awam dengan sekurang-kurangnya 38 juta pengguna mungkin terdedah dengan kebocoran maklumat peribadi merentas sempadan. “Bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya