Semua ahli Parlimen PH sokong RUU Anti Lompat Parti - Utusan Malaysia

Semua ahli Parlimen PH sokong RUU Anti Lompat Parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) memberi komitmen penuh bahawa kesemua ahli Parlimen akan memberi sokongan bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Majlis Presiden PH memaklumkan, pihaknya memaklumkan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung status pembentangan RUU itu yang dijadualkan pada di Sidang Khas Dewan Khas pada 11 April ini.

“Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April seperti mana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memberi jaminan akan membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada 11 April ini di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tarikh tersebut setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menentukan tarikh tetap untuk rang undang-undang itu dibentang.

Sementara itu, menurut kenyataan itu lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah membangkitkan isu MySejahtera dimiliki sebuah syarikat negara asing dan isu itu perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya