KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui beliau memang berada dalam satu kumpulan yang sama dengan Rafizi Ramli pada pemilihan parti itu bulan depan. Menurutnya, beliau mahu bersama Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini dilihat semakin diterima masyarakat berikutan persepsi umum yang ingin melihat perubahan dalam kepimpinan parti hari ini. Katanya, beliau memerlukan seorang pemimpin yang sealiran dengannya bagi memudahkan gerak kerja untuk menentukan hala tuju parti. “Saya memang dalam barisan Rafizi, saya tidak sorok untuk isytiharkan dan beliau juga berkempen untuk saya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya