PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai untuk sentiasa berhati-hati terutamanya mereka yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing
Katanya, ini kerana pelbagai ragam dapat dilihat dalam media sosial sama ada mereka yang masih dalam perjalanan mahupun mereka yang sudah tiba di kampung masing-masing.
“Ramai yang pulang ke kampung ye? Alhamdulillah…Saya lihat dalam media sosial, ramai yang ‘update’ mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Ada juga yang sudah pun tiba di kampung halaman.
“Ada yang berkira-kira hendak balik hari apa, malah, ada yang masih ‘tawar-menawar’ hendak pulang ke kampung suami atau isteri… Pelbagai suka dan tawa Keluarga Malaysia setelah dua tahun kita tidak nikmati kegembiraan ini…
“Berhati-hati lah di jalan raya ketika memandu pulang ke kampung halaman. Sampaikan salam saya buat keluarga kalian di kampung. Saya sayang semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. –UTUSAN ONLINE