Program Ikhlas Ramadan ceriakan pesawah, asnaf di Perlis - Utusan Malaysia

Program Ikhlas Ramadan ceriakan pesawah, asnaf di Perlis

MOHAMAD Solhi Mohd. Saleh (depan, tiga dari kiri) bersama Nurulhisham Yaakob (depan, tengah) dan wakil-wakil masjid yang menerima insentif Bernas pada program Ikhlas Ramadan di Masjid Al-Firdaus di Kampung Padang Besar Selatan, Perlis hari ini. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak RM50,000 diperuntukkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sempena program Ikhlas Ramadan di Perlis yang berlangsung di Masjid Al-Firdaus di Kampung Padang Besar Selatan di sini hari ini. 

Sumbangan tersebut membabitkan bantuan kepada golongan asnaf, anak-anak pesawah selain insentif kepada 10 buah masjid di negeri ini.

Ketua Jabatan Operasi Kilang Bernas, Mohamad Solhi Mohd. Saleh memberitahu, pada majlis hari ini, lebih 150 pesawah termasuk 80 keluarga asnaf dan 40 anak pesawah diraikan.

Katanya, sebanyak RM12,000 dalam bentuk zakat wakalah disampaikan kepada 80 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah berhampiran masjid tersebut. 

“Sementara itu, sumbangan berupa pembelian baju raya kepada 40 anak-anak asnaf pesawah juga dilakukan bagi menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka nanti. 

“Selain itu, kami juga menyampaikan insentif kepada 10 masjid di negeri ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,000,” katanya ketika ditemui pada program tersebut yang disekalikan dengan majlis berbuka puasa di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob.

Sementara itu, Mohamad Solhi berkata, program Ikhlas Ramadan yang telah diadakan sejak 2016 merupakan inisiatif Bernas bagi berkongsi kegembiraan serta menceriakan golongan kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal dan asnaf. 

“Pada tahun ini, Ikhlas Ramadan memfokuskan kepada golongan pesawah yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan industri padi dan beras negara.

“Program seumpama ini kami jalankan pada setiap tahun untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan mewujudkan semangat kekeluargaan bersama masyarakat dan warga pesawah di seluruh kawasan operasi syarikat,” ujarnya.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya