Polis pantau aktiviti e-skuter di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Polis pantau aktiviti e-skuter di Pulau Pinang

ANGGOTA PDRM dan MBPP ketika melakukan pemantauan aktiviti e-skuter dalam kalangan pelancong di sekitar Georgetown, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali aktiviti e-skuter di negeri ini.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, pihak polis memberi amaran dan nasihat kepada pengendali-pengendali skuter elektrik sewaan dan orang awam berhubung perkara itu.

“Mereka dinasihatkan tidak melakukan apa-apa kegiatan atau aktiviti yang boleh membawa kepada perkara yang melanggar peraturan dan kesalahan lalu-lintas sehingga mendatangkan bahaya ke atas nyawa sendiri serta keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Pemantauan aktiviti e-skuter giat dijalankan demi keselamatan orang ramai,” katanya dalam kenyataan di Facebook PDRM Pulau Pinang, di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, orang ramai yang menyewa dan menaiki e-skuter di atas jalan raya diingatkan mengguna e-skuter di atas tanggungjawab sendiri.

Jelasnya, buat masa ini, e-skuter adalah dilarang di atas jalan raya dan ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“PDRM juga memberi nasihat kepada penyewa kenderaan mikromobiliti di bawah Seksyen 3(1) APJ 1987 yang memperuntukkan mana-mana orang dilarang menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu diatas mana-mana bahagian mana-mana jalan.

“Ini kerana kebiasaannya, e-skuter yang bersifat mikro mobiliti hanya digunakan di atas siar kaki awam atau satu kawasan yang perlu diasingkan dari jalan raya, bukannya bebas bergerak di atas jalan raya,” katanya.

Tambahnya, PDRM akan sentiasa bekerjasama dengan pihak MBPP dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan jalan raya dan pengguna jalan raya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya