Perbincangan PH dengan Bersatu, Pas negeri atas tiket pembangkang

Perbincangan PH dengan Bersatu, Pas negeri atas tiket pembangkang

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai halangan untuk berbincang dengan Perikatan Nasional (PN) di Johor dan Melaka atas kapasiti sebagai parti pembangkang.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,  di peringkat pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sebahagian daripada kerajaan namun di negeri khususnya Johor dan Melaka, kedua-duanya pembangkang.

“Mesti faham mengapa saya seru kepada perbincangan dengan semua pihak (termasuk Bersatu dan Pas) adalah kerana ada senario baharu yang kita saksikan ketika ini.

“Bersatu dan Pas ini, mereka adalah kerajaan di peringkat Persekutuan, tetapi setelah berlaku beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) mereka sudah jadi pembangkang, jadi saya melihat isu ini perlu kepada suatu perbincangan.

“Konsep Khemah Besar itu seperti yang telah kita putuskan dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu sesiapa nak masuk selain daripada barisan pembangkang di peringkat Persekutuan, ia perlukan keputusan Majlis Presiden PH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Program Jelajah Singgah Sahur anjuran Pejabat Parlimen Pulai bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, berhubung kenyataan Pengerusi PN yang memaklumkan sedia untuk mengadakan perbincangan bagi menjalin kerjasama, Salahuddin berkata, kenyataan itu dibuat kemungkinan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat ada keperluan bagi perkara berkenaan.

“Saya rasa itu dia bercakap mungkin kerana melihat kepada keperluan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tetapi apa pun pandangan dia, kita boleh dengar dahulu, namun keputusan tetap di peringkat atasan (PH).

“Ketika ini kita belum memulakan sebarang perbincangan secara rasmi, jadi mengapa tidak kita duduk, cakap-cakap (bincang) dahulu apa salahnya, di peringkat negeri mereka sudah jadi pembangkang,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik menjelang PRU15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya