Penyertaan ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ terus meningkat di Perlis

Penyertaan ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ terus meningkat di Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan melancarkan kempen dan promosi program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ peringkat negeri ini di tapak bazar Ramadan Guring, Pauh, Arau, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Penyertaan program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ peringkat negeri Perlis terus menunjukkan peningkatan saban tahun sejak mula dilaksanakan pada tahun 2014.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam negeri, Azizi Janan memberitahu, menurut statistik, daripada sekitar 8,153 penyertaan pada tahun pertama program tersebut meningkat mendadak kepada 55,506 penyertaan pada 2019.

Katanya, pada tahun 2020 merekodkan sedikit penurunan daripada segi penyertaan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kembali meningkat pada 2021 dengan 33,367 penyertaan.

“Penurunan (pada 2020) adalah disebabkan oleh PKP ketika itu dan program dijalankan secara maya. Adalah diharapkan supaya statistik ini akan kembali meningkat tahun ini dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena kempen dan promosi program berkenaan yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis di tapak bazar Ramadan Guring, Pauh, di sini hari ini.

Kempen dan promosi tersebut dilancarkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Roziena Ahmad.

Program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ bakal dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 21 April ini dari pukul 11 hingga 11.10 pagi.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin menyeru kepada semua rakyat negeri menyokong aktiviti tersebut.

“Bersama-sama bangkit baca dan bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua dengan menyokong program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ pada 21 April ini,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya