Peniaga rugi RM10,000 pelanggan lari akibat ribut   - Utusan Malaysia

Peniaga rugi RM10,000 pelanggan lari akibat ribut  

LENGANG... Hujan lebat dan angin kuat yang melanda Bayan Baru, Pulau Pinang semalam menyebabkan 350 pelanggan sebuah kedai makan melarikan dari dan meninggalkaikan makanan yang telah ditempah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang peniaga ikan bakar berdepan kerugian hampir RM10,000 gara-gara hampir 350 pelanggannya bertempiaran lari selepas kedainya di Astaka Pantai Seagate, Bayan Baru, di sini dilanda ribut malam semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu dikatakan berlaku ketika semua pelanggan sedang bersiap sedia untuk menikmati juadah berbuka di dalam premis dan di bawah kanopi.

Pemilik restoran Blue Orchid Seafood Station,  Saiful Nizam Mahamad Sharipp berkata, kejadian ribut beserta hujan lebat berlaku dengan tiba-tiba menyebabkan semua pelanggannya berlari meninggalkan juadah yang  sudah siap dihidangkan di atas meja masing-masing.

Menurutnya, hidangan seperti ikan bakar dan makanan laut lain yang ditempah pelanggan semuanya terjejas akibat terkena tempias air hujan.

“Memang tidak sangka akan berlaku kejadian sebegini. Semua pelanggan termasuk 100 daripadanya yang berada di bawah kanopi  bertempiaran lari meninggalkan juadah yang belum sempat dijamah dan dibayar.

“Ada yang terus  masuk ke dalam kereta, berlari ke bahagian dapur memasak, tempat juruwang dan di dalam kedai.

“Bukan setakat itu, banyak juga gelas kaca pecah dan kanopi di luar patah akibat dipukul angin kuat.  Ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini,” katanya di sini hari ini.

Saiful Nizam memberitahu, dia reda dengan kejadian yang berlaku sekali gus  menghalalkan semua menu yang ditinggalkan pelanggan tanpa sebarang bayaran. 

Sementara itu, beberapa premis di Medan Selera Seri Pantai dilaporkan turut terjejas apabila ramai pelanggan mereka melarikan diri dalam akibat ribut itu dan tidak sempat berbuka puasa. –  UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya