Penguatkuasa KPDNHEP terus pantau SOP, ikuti keperluan Kementerian Kesihatan - Utusan Malaysia

Penguatkuasa KPDNHEP terus pantau SOP, ikuti keperluan Kementerian Kesihatan

ROSOL Wahid menyarungkan apron kepada salah seorang pengusaha trak makanan ketika mengadakan walkabout Program Jualan Malaysia 'Rancak Aidilfitri' di Nilai, Seremban semalam-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi anggota penguatkuasanya masih terus menjalankan pemantauan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membendung Covid-19 meskipun Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan beberapa semakan semula terhadap langkah pencegahan dan kawalan Covid-19.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid menjelaskan, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa, oleh itu, KPDNHEP akan terus memberikan kerjasama dan mengikut seperti apa yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan.

“Kami akan menjalankan tugas yang selari seperti mana yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan. Bagaimanapun, berkemungkinan jumlah anggota penguat kuasa selepas ini akan berkurangan kerana tugas sudah lebih ringan.

“Anggota penguat kuasa kami akan terus berada di tempat-tempat awam, pasar-pasar besar, pusat beli-belah dan kawasan dijangka ramai orang berkumpul bagi mengingat dan menasihatkan orang ramai untuk sama-sama jaga SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout Program Jualan Malaysia ‘Rancak Aidilfitri’ di Nilai di sini semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin petang tadi mengumumkan beberapa semakan semula langkah-langkah pencegahan dan kawalan Covid-19 semasa fasa peralihan ke endemik dan pelaksanaannya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya