Pembaikan paip pecah, 15 kawasan alami gangguan - Utusan Malaysia

Pembaikan paip pecah, 15 kawasan alami gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan di sekitar ibu negara dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama di sini, hari ini.

Menurut Air Selangor, kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan bermula pukul 11.30 pagi, tadi. 

“Justeru, kerja-kerja pembaikan ini akan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 15 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur. 

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada pukul 9:30 malam, hari ini. 

Air Selangor menambah, bekalan air juga dijangka mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. 

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” jelasnya.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya