Pemandu lori maut langgar kontena jatuh - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut langgar kontena jatuh

REMUK... Lori yang bertembung dengan sebuah kontena yang terjatuh di Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Banting di Kuala Langat, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pemandu lori maut selepas melanggar muatan kontena yang terjatuh dari sebuah lori lain di Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Banting di sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 11.30 malam itu mengakibatkan lelaki berusia 36 tahun tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.34 malam.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dikerah dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan dua lori kontena yang dipandu oleh dua mangsa berasingan.

“Kontena lori pertama dipercayai terjatuh sehingga merentangi jalan sebelum dilanggar lori kedua yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, pemandu lori kedua tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan bomba.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi berkenaan,” ujarnya.

 Tambah beliau, pihaknya kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya