Parti mana yang tidak setuju RUU Anti Lompat Parti?  - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Parti mana yang tidak setuju RUU Anti Lompat Parti?  – Ahmad Maslan

DAP
AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil mempersoalkan ahli-ahli Kabinet yang tidak bersetuju dengan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti sehingga pembentangan yang dijadualkan pada Isnin, 11 April, minggu hadapan terpaksa ditangguhkan.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan ahli Kabinet daripada partinya dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak RUU tersebut.

“Parti mana yang tak setuju? UMNO dan BN sokong anti lompat parti.

“Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 sebut kami sokong. Bukankah pindaan Perlembagaan lagi kuat dibanding hanya akta?” soalnya menerusi akaun media sosial miliknya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengesahkan penangguhan pembentangan RUU Anti Lompat Parti buat kali kedua.

Katanya, Kabinet bukan sahaja tidak mendapat kata sepakat, malah, tidak bersetuju dengan pembentangan RUU tersebut.

Namun, Ahmad Maslan menyifatkan penangguhan itu akan menjejaskan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang.

“Apa guna MoU jika tidak sepakat untuk perkara sepenting Anti Lompat Parti? Ke laut lah MoU itu,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya