martabak dua beradik

Martabak dua beradik laris 

MARTABAK ayam dan daging di gerai Murtabak Terbalik antara yang menjadi tarikan di bazar Ramadan Arau, Perlis.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM600 yang diterima baru-baru ini digunakan sebaik mungkin oleh dua beradik sebagai modal memulakan perniagaan martabak di bazar Ramadan Arau di sini.

Modal yang dikongsi setiap RM300 seorang itu membuahkan hasil apabila martabak ayam dan daging yang dijual oleh Mohd. Zaidi Md. Nazir, 34, dan Mohd. Zahir, 32, itu menjadi antara tarikan di bazar Ramadan tersebut.

Malah, pelanggan beratur panjang bagi membeli makanan ‘wajib’ bulan puasa itu di gerai Martabak Terbalik di bazar berkenaan.

Mohd. Zahir berkata, dia yang bekerja di Kuala Lumpur dan abangnya di Johor mengambil keputusan pulang ke kampung selepas terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Katanya, selepas menerima BKM baru-baru ini mereka menjadikan wang bantuan tersebut sebagai modal memulakan perniagaan martabak di bazar Ramadan Arau.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan sepanjang berniaga bazar Ramadan ini khususnya pada awal puasa di mana pelanggan beratur panjang bagi membeli martabak di sini.

“Lebih 300 martabak terjual setiap hari dan saya berharap sambutan terus mengalakkan sepanjang sebulan Ramadan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Mohd. Zahir, harga martabak ayam dan daging yang dijual di gerai mereka adalah RM4 sekeping.

Katanya, meskipun berdepan kenaikan harga barangan mentah namun mereka kekal menjual martabak dengan harga berkenaan.

“Hasil jualan martabak ini sekurang-kurangnya membantu kami yang masing-masing sudah berkeluarga menambah pendapatan.

“Sambutan di bazar Ramadan tahun ini juga agak meriah selepas dua tahun terpaksa menyambut puasa di dalam tempoh PKP. Apabila suasana kembali seperti biasa, membuka ruang kepada peniaga-peniaga kecil seperti kami mencari makan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya