Kes bunuh lelaki Bangladesh disyaki bermotif cemburu  - Utusan Malaysia

Kes bunuh lelaki Bangladesh disyaki bermotif cemburu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga lelaki warga Indonesia ditahan polis bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki warga asing dipercayai dibunuh di Jalan Sepang-Salak, pagi semalam. 

Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia antara 24 hingga 50 tahun ditahan di sebuah rumah di Padang Jawa, Shah Alam pukul 1 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya turut merampas tiga buah telefon pintar daripada ketiga-tiga suspek dan ketika soal siasat dilakukan, kesemua mereka mengaku tidak terlibat dalam kes bunuh berkenaan. 

“Motif pembunuhan masih disiasat dan kami tidak menolak kemungkinan ia bemotifkan dendam dan cemburu disebabkan tindakan mangsa menjalinkan hubungan dengan seorang wanita tempatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, siasatan mendapati, mangsa adalah seorang warga Bangladesh berusia 25 tahun selepas proses pengecaman mayat dilakukan sepupu dan teman wanita mangsa. 

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya kini sedang memburu seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

“Suspek yang sedang diburu itu adalah bekas suami kepada wanita tempatan berkenaan,” katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan mengerikan dipercayai dibunuh dengan luka diperut, usus terkeluar dan tangan diikat dengan kabel di sebuah ladang kelapa sawit di sini, semalam. – habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya