Keputusan SMA Selangor menurun 1.2 peratus - Utusan Malaysia

Keputusan SMA Selangor menurun 1.2 peratus

MOHD. SHAHZIHAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di Selangor pada tahun lalu mencatatkan penurunan sebanyak 1.2 peratus iaitu 94 berbanding 95.2 pada 2020.

Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor (SABK) juga mencatat penurunan daripada 97.3 peratus pada 2020 kepada 96.4 peratus.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, seramai 3,325 calon mengambil peperiksaan SMA berbanding 2,925 orang pada tahun sebelumnya.

“Bagi empat Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), keputusan yang direkodkan tahun lalu adalah 99.4 peratus berbanding 100 peratus pada sebelumnya. 

“Keputusan keseluruhan peperiksaan bagi Sekolah Menengah Islam (SMI) Persendirian pula adalah 77.3 peratus berbanding 79.9 peratus pada 2020,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu hari ini.

 Bagaimanapun, beliau menjelaskan, peratusan calon SMA yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) meningkat 12.5 peratus iaitu 411 calon berbanding 326  calon pada 2020.  

 “Calon yang mendapat pangkat Jayyid (Baik) juga meningkat sebanyak 0.94 peratus iaitu 988 calon berbanding 854 pada sebelum ini.  

 “Namun, calon pangkat Maqbul (Lulus) menurun 1.1 peratus iaitu 810 calon dan terdapat 5.9 peratus (195 calon) belum mencapai tahap minimum kelulusan (Musaadah),” jelasnya.

Katanya lagi, peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) mencatatkan  keputusan cemerlang dengan kelulusan 100 peratus.

Keputusan keseluruhan bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) pula adalah 98.3 peratus. 

 Mohd. Shahzihan berkata, usaha jitu pihak sekolah, guru dan ibu bapa masih menyumbang kejayaan biarpun pencapaian prestasi kali ini agak menurun.

 “Kejayaan pada tahap ini mampu dicapai walaupun dalam suasana pembelajaran yang tidak menentu ekoran pandemik Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya