Keluarga Malaysia dijemput hadir rumah terbuka PM 8 Mei - Utusan Malaysia

Keluarga Malaysia dijemput hadir rumah terbuka PM 8 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh Keluarga Malaysia dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri pada 8 Mei ini. 

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini. 

Menurut JPM, majlis tersebut dijangka berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang yang bertempat di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. 

“Semua yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini Fasa Peralihan ke Endemik dan digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal,” tulis hantaran itu. 

Dalam hantaran sama, JPM turut menyertakan poster panduan pakaian dan maklumat perkhidmatan bas percuma untuk ke majlis tersebut. 

“Sila layari portal dan media sosial Jabatan Perdana Menteri dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya