EB Frozen Food tawar duit raya bernilai RM1,088 

EB Frozen Food tawar duit raya bernilai RM1,088 

LONG Tian Hong (kiri) dan Chan Pai Yee menunjukkan antara produk terbaharu keluaran EB Frozen Food ketika ditemui di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jenama makanan sejuk beku terkenal, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB Frozen) menawarkan ‘duit raya’ bernilai RM1,088 melalui peraduan Ini Barulah Raya Spend & Win Contest.

Tawaran istimewa itu dibuat menerusi setiap pembelian mana-mana produk keluaran syarikat berkenaan sebanyak RM30 dalam satu resit.

Eksekutif Pemasaran Kanan EB Frozen Food, Long Tian Hong berkata, orang ramai tidak harus melepaskan peluang meraih hadiah berkenaan sempena Aidilfitri ini.

“Selain ‘duit raya’ bernilai RM1,088, terdapat hadiah sampingan yang lain bernilai RM80 dan RM10 yang bermula 1 April sehingga 15 Mei depan.

“Bagi mereka (pelanggan) yang mahu menyertai mereka hanya perlu tekan butang suka (like) dan ikut (follow) laman sosial, Facebook dan Instagram.

“Seterusnya mereka perlu menghantar butiran resit beserta nama penuh, kad pengenalan dan negeri kepada nombor Whatsapp 012-9156807 bagi menyertai pertandingan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam program Ro­ving Team, Kempen Spot Roving Truck EB Frozen Food di sini semalam.

PENYERTAAN

Jelas Tian Hong, setakat ini peraduan berkenaan menerima sebanyak 400 penyertaan.

“Pada peringkat pertama pertandingan Ini Barulah Raya Spend & Win Contest kami me­nerima sambutan yang baik dengan 400 penyertaan.

‘‘Kami berharap dapat sambutan yang lebih baik sebelum 15 Mei depan,’’ katanya.

Sementara itu, menurut beliau, Kempen Spot Roving Truck EB Frozen Food memfokuskan kepada pelanggan di selatan tanah air iaitu di Seremban, Port Dickson, Negeri Sembilan; Me­laka dan di Johor.

“Jelajah arah selatan ini akan memperkenalkan produk EB Frozen Food kepada pelanggan dengan tiga jenis produk terbaru keluaran iaitu Tomyam Popcorn Chicken, Original Popcorn Chicken dan Tempura Chicken Nugget.

“Kempen ini mempamerkan beberapa produk baharu termasuk menyediakan beberapa sampel produk kepada pelanggan yang menyertai roda putaran dengan pelbagai hadiah menarik lain yang ditawarkan,” katanya.

Dalam pada itu, pada Kumpulan pertama penyertaan mereka mendapat sebanyak 400 penyertaan daripada pelanggan yang menyertai pertandingan itu.

“Pada peringkat pertama peraduan Ini Barulah Raya Spend & Win Contest kami menerima 400 penyertaan. Sambutan agak baik daripada pelanggan.

“Kami berharap dapat sambutan yang lebih baik sebelum 15 Mei depan. Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk keluaran kami bernilai RM30 dalam satu resit dan menghantar di aplikasi Whatsapp untuk menyertai program ini,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN