Debat Anwar-Najib tak untungkan sesiapa

Debat Anwar-Najib tak untungkan sesiapa

Najib Razak dan Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Debat Perdana antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Mei ini dilihat tidak mempunyai sebarang faedah mahupun kepentingan awam.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, ini kerana kedua-dua pemimpin itu hanya sekadar mencari populariti semata-mata.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai tidak sepatutnya menjulang kedua-dua pe­mimpin yang mempunyai sejarah pernah disabitkan hukuman.

“Tetapi, adakah debat itu akan menyelesaikan ekonomi negara? Buat apa nak selamatkan Sapura Energy Berhad (Sapura) kalau sebabkan pengurusan yang teruk, jadi buat apa nak debat isu ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, penganalisis, Prof. Dr. Azmi Hassan menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Pekan itu untuk berbahas yang tentang isu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu bukanlah satu kedudukan yang sesuai.

“Secara dasarnya ia adalah perbahasan yang baik supaya rakyat dapat menilai antara baik dan buruk satu-satu keputusan itu diambil terhadap Sapura.

“Tetapi masalahnya saya tidak melihat adanya wakil kerajaan, jadi ia hanya berkemungkinan untuk manfaat politik semata-mata.

“Namun, jika benar mahu memberikan penjelasan kepada rakyat, ia bagaimanapun seharusnya dilakukan oleh seseorang yang pro atau kontra, tetapi mempunyai kepentingan sama ada dalam kerajaan atau pembangkang bagi membahas berkaitan Sapura itu,” ujarnya.

Pensyarah Kanan Pusat Pe­ngajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata, debat itu akan lebih mensensasikan populariti kedua-dua pemimpin itu manakala matlamatnya pula membabitkan kepentingan satu pihak iaitu Sapura Energy.

“Tidak dinafikan debat amat penting bagi mencerminkan kematangan berpolitik, namun tajuk dikemukakan perlulah menyeluruh dan menyentuh isu rakyat.

“Kalau kita hendak buat debat, biarlah menyentuh polisi dan negara, tetapi dalam soal ini ia membabitkan kepentingan Sapura Energy sedangkan kesilapan tadbir urus syarikat ini boleh dibincangkan di peringkat dalaman,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya