Covid-19: Kes positif terus menurun, tiada kluster baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif terus menurun, tiada kluster baharu

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 12,380 kes berbanding kelmarin, 14,692 kes sekali gus diatasi 20,635 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 253 kes berbanding kelmarin, 261 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan peningkatan kepada 157 kes berbanding kelmarin, 153 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, dua kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,940 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 181 kluster berbanding kelmarin, 190 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,759 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 85 kes daripada 12,380 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 12,295 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 85 kes kategori tiga, empat dan lima, 24 kes (28.24 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 33 kes (38.82 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 28 kes (32.94 peratus) telah menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 57 kes (67.06 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 49 kes (57.65 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan meningkat dengan jumlah sebanyak 30 kes berbanding semalam, 56 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 11 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,099 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 11 daripada 30 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,408 kes. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya